会员   密码 您忘记密码了吗?
1,568,940 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > HANG TUAH ADIWIRA BANGSA | STEVEN SIM
HANG TUAH ADIWIRA BANGSA | STEVEN SIM
上一张
HANG TUAH ADIWIRA BANGSA | STEVEN SIM
下一张
prev next

HANG TUAH ADIWIRA BANGSA | STEVEN SIM

作者: Steven Sim
出版社: SIRD
出版日期: 2021
商品库存: 20
市场价格: RM30.00
本店售价: RM27.00
购买数量:
collect Add to cart
详细介绍 商品属性 商品标记

 商品介绍

Publisher: SIRD

Author: Steven Sim

Year of issue: 2021

Language: Malay

 

Saudara YB Steven Sim sudah lama akrab dengan Hang Tuah, wira Malaysia dan Nusantara ini, selalu mengikuti dan menyumbang kepada wacananya, serta menambah sudut pandangannya sebagai warga Malaysia yang moden yang bangga

dengan Hikayat besar ini. . . . Saya sangat teruja bahawa Saudara YB Steven Sim, dengan segala ghairahnya, turut menjadikan Hang Tuah simbol “Malaysia Baharu”, simbol untuk semua rakyat Malaysia.

 

Profesor Dr Muhammad Haji Salleh, Sasterawan Negara

 

Sebagai salah seorang ahli politik-sarjana yang menjadi harapan Malaysia hari ini, keterpesonaan Steven Sim terhadap budaya Melayu dan sejarah Melayu telah sedia masyhur diketahui umum. Dalam mengkaji dan menganalisis fenomena Hang Tuah, Steven Sim mengemukakan persoalan etnografi utama mengenai zaman ketika mana Melaka menguasai budaya dan perdagangan di seluruh laut Nusantara, yang berpotensi mengubah pandangan etno-nasionalistik moden mengenai kerancakan dunia kosmopolitan di mana Hang Tuah bukan sahaja tumbuh “membesar” malah turut “mencorakkannya”.

 

Dato' Dr Ooi Kee Beng, Pengarah Eksekutif, Penang Institute

 

Saya yakin ada beberapa orang sahaja pemimpin Melayu yang pernah membaca naskhah ini sehingga selesai. Seseorang pemimpin yang dapat membaca dan menelah fikiran bangsanya akan dapat melakukan yang lebih baik – berkhidmat – dan saya percaya itu sebabnya YB Steven Sim ingin berkongsikan apa yang beliau baca, dan kekagumannya kepada naskhah ini.

 

Dr Faisal Tehrani, Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA), UKM

 

*

 

Tentang penulis

 

 

Walaupun dilatih dalam bidang perkomputeran dan pembangunan, dua bidang yang secara amnya tidak berkait dengan sastera, Steven Sim percaya bahawa “dalam salju pun ada bunga”. Steven meminati sastera dalam pelbagai bahasa dan pernah menerbitkan beberapa buah buku termasuk sebuah himpunan puisi dalam Bahasa Melayu. Buku ini merupakan penghayatannya terhadap khazanah sastera Melayu Hikayat Hang Tuah sebagai wasiat leluhur Melayu dengan nilai-nilai yang masih relevan untuk generasi kita. Steven Sim merupakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan pernah menjadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.



Q: When will the book be shipped out?

A:  It will be shipped out after 28 May, 2021.

 

Q: If I order the book with another book, will they be delivered together or separately?

 

A: You can choose to have the books delivered together or separately. When you check out, please write your choice in the comment box.