会员   密码 您忘记密码了吗?
1,569,912 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > HEGEMONI UMNO: PEMBANGUNAN DAN KERUNTUHANNYA MENURUT TEORI KITARAN IBNU KHALDUN
HEGEMONI UMNO: PEMBANGUNAN DAN KERUNTUHANNYA MENURUT TEORI KITARAN IBNU KHALDUN
上一张
HEGEMONI UMNO: PEMBANGUNAN DAN KERUNTUHANNYA MENURUT TEORI KITARAN IBNU KHALDUN
下一张
prev next

HEGEMONI UMNO: PEMBANGUNAN DAN KERUNTUHANNYA MENURUT TEORI KITARAN IBNU KHALDUN

作者: Firdaus Zainal
出版社: SIRD
出版日期: 2021
商品库存: 20
市场价格: RM30.00
本店售价: RM27.00
购买数量:
collect Add to cart
详细介绍 商品属性 商品标记

 商品介绍

Penerbit: SIRD

Penulis: Firdaus Zainal

Mukasurat: 127 mukasurat

Tahun terbitan: 2021

Bahasa: Bahasa Malaysia

Karya ini menceritakan tentang pembentukan, pembangunan dan keruntuhan sebuah parti politik tertua di Malaysia iaitu UMNO. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun 2018, UMNO buat pertama kalinya tewas setelah memerintah Malaysia lebih 60 tahun. Kekalahan UMNO ini telah mengejutkan ramai penganalisis politik dan rakyat Malaysia khasnya. Ini kerana semenjak UMNO ditubuhkan pada tahun 1946, UMNO telah berjaya mengekalkan dominasi dan hegemoni parti merentasi enam dekad dan mencorak masa hadapan Malaysia. Sehingga kini, parti ini masih bergelut dengan perpecahan dalaman dan gagal mencari jalan keluar kepada permasalahan mereka bagi kembali memegang tampuk kuasa.
 

Ibn Khaldun seorang ahli Falsafah dan Sosiologi terkenal dunia telah merungkai proses kewujudan, pembangunan dan keruntuhan sesebuah dinasti dan empayar di dalam karya agungnya Muqaddimah. Idea-idea Ibn Khaldun banyak digunakan pengkaji Sains Politik untuk melihat tentang kemunculan dan keruntuhan beberapa buah dinasti dan kerajaan antaranya ialah Kerajaan Uthmaniyah, Khalifah Sokoto di Afrika Barat dan lain-lain. Ibn Khaldun memperincikan bahawa setiap dinasti/ empayar/kerajaan mempunyai kitaran hidup tertentu sama seperti kitaran hidup manusia iaitu bayi, dewasa dan mati. Beliau membahagikan fasa kitaran ini kepada lima bahagian bergantung kepada Assabiyah di dalam kumpulan itu.
 
Karya ini yang pertama di Malaysia yang menelusuri fasa-fasa pembangunan dan keruntuhan UMNO dengan melihat kepada ciri-ciri dan sifat yang disebutkan Ibn Khaldun di dalam kitab agungnya Muqaddimah. Ia menjawab persoalan kepada apakah faktor yang menyebabkan UMNO tewas setelah lebih enam dekad berkuasa samada parti itu mampu bangun semula untuk kembali memerintah atau sebaliknya.