会员   密码 您忘记密码了吗?
1,570,961 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > METASKANDAL BY AZRIN FAUZI (ROMAN)
METASKANDAL BY AZRIN FAUZI (ROMAN)
上一张
METASKANDAL BY AZRIN FAUZI (ROMAN)
下一张
prev next

METASKANDAL BY AZRIN FAUZI (ROMAN)

作者: Azrin Fauzi
出版社: Roman
出版日期: 2018
商品库存: 缺货
市场价格: RM22.00
本店售价: RM19.80
促销价: RM19.36
剩余时间: 请稍等, 正在载入中...
购买数量:
collect Add to cart Add booking
详细介绍 商品属性 商品标记

 商品介绍

Penulis: Azrin Fauzi Kulit lembut, 242 m/s Subjek: Fiksyen Penerbit: Roman Buku Terbitan: 2018

Kerana kota ini tidak berwajah, di manakah Kuala Lumpur? Mereka percaya ia berada di dalam ruang lapang cermin di sebuah bilik sempit. Tetapi ada yang nampak kelibatnya dari balkoni sesekali pada waktu senja dan malam. Ada yang mengaku memasukinya setelah tersesat ke tingkat 13 sebuah apartmen, tersesat ke stesen elarti Masjid Jamek, tersesat ke bawah katil. Ada yang menemuinya dalam cerpen yang dimuntahkan oleh penulis yang menelan cerpen-cerpen lamanya. Ada pula yang senyap-senyap mencarinya dalam kebisingan kata-kata yang mendiami deretan buku di Pustaka Maya, librari yang terbina di atas bayang-bayang banduan bekas penjara–

“Syyy…! Silencio, por favor,” tegas seorang pustakawan buta.

Pakai topeng gas segera! Dan capai Sten gun masing-masing! Kerana penduduk kota setinggan akan merampas kembali kota ini dari kelangkang Datuk Bandar berkepala buaya. Tetapi kalaupun dapat dilihat, bukankah ia berada di pinggir mimpi paling jauh? Atau… kota ini hanya boleh dilihat menerusi mata seorang ibu yang hilang?

METASKANDAL menghimpunkan cerita-cerita yang menyentuh manusia yang bertengkar dengan ruang, dan apa-apa di balik ruang – transendental, teks, takdir, teknologi, tuhan, etsetera etsetera. Hingar tengkar mereka menjadi kresendo yang semakin bingit dalam sunyi.