会员   密码 您忘记密码了吗?
1,505,013 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > ISLAM DI PERSIMPANGAN JALAN
ISLAM DI PERSIMPANGAN JALAN
上一张
ISLAM DI PERSIMPANGAN JALAN
下一张
prev next

ISLAM DI PERSIMPANGAN JALAN

作者: Muhammad Asad
出版社: Islamic Renaissance Front
出版日期: 2016
商品库存: 缺货
市场价格: RM35.00
本店售价: RM31.50
购买数量:
collect Add to cart Add booking
详细介绍 商品属性 商品标记

 商品介绍

Author: Muhammad Asad
New Pb110 pp.
Subject: Religion
Condition: Good
Publisher: Islamic Renaissance Front
Published: 2016

 


Islam at the Crossroads adalah buku yang ditulis oleh Muhammad Asad. Buku ini pada asalnya diterbitkan di Delhi dan Lahore pada tahun 1934, dan kemudian dicetak semula oleh Dar Al-Andalus dan Islamic Book Trust pada tahun 1982 dengan nota tambahan daripada penulis. Buku ini pada asasnya merupakan seruan kepada umat Islam untuk menghindar taklid buta terhadap bentuk dan nilai sosial Barat, dan cuba untuk memelihara sebaliknya warisan Islam mereka, yang suatu masa dulu bertanggungjawab terhadap pelbagai-sudut fenomena sejarah, yang gemilang, yang terangkum dalam istilah “peradaban Islam”.

Dalam arus kemodenan yang serba mekanistik dan terburu-buru sekaligus dengan kosongnya ruhani, umat Islam bukan hanya telah terjajah secara fizikal, mereka malah sekadar manjadi pengguna bagi import budaya dan ideologi Eropah yang dilihat Asad sebagai tidak manusiawi, suatu titik yang telah menggerakkan hatinya untuk memeluk cahaya Islam.

Apa yang kelihatan sebagai mereput dalam Islam di zaman moden ini adalah pada hakikatnya tidak lain daripada kematian dan kekosongan dalam hati Muslim, yang amat naif dan amat tidak peka untuk mendengar suara abadi mereka. Dalam risalah ringkas ini Asad telah menyeru agar memperbaharui sikap kita terhadap agama, kemalasan kita, keangkuhan-diri kita, kepicikan kita—pendeknya, kekurangan kita. Yang kurang, baginya, adalah pada Muslim dan bukan kononnya sebahagian daripada kekurangan Islam. Bagi mencapai kebangkitan, umat Islam tidak perlu mencari prinsip-prinsip tindakan yang baru dari luar, tetapi hanya perlu menerapkan yang lama dan yang telah ditinggalkan.

Tetapi, sebagaimana yang telah berlaku, banyak daripada apa yang penulis telah tujukan kemudiannya disalah fahami oleh pembaca dan pemimpin yang gagal untuk memahami implikasi penuh panggilannya kepada kreativiti budaya dan untuk kembali kepada ideologi sebenar al-Qur’an dan as-Sunnah—bukannya sebaliknya kembali kepada bentuk sosial atau pemikiran masa lampau yang telah menghasilkan kemunduran umat pada kurun lalu.

Asad mendedikasikan buku ini kepada “generasi muda Islam hari ini dengan harapan ia dapat memberi manfaat” dan, diharapkan, dapat menjelaskan sesuatu daripada kekeliruan tragis yang berlaku di dunia Islam.