Ramadan Tiba, Aidilfitri Menjelang dinukilkan dari perspektif Mei Hui
yang teruja belajar tentang Ramadan dan Aidilfitri melalui sahabat
baiknya, Maryam, yang berpuasa buat kali pertama.
Mei Hui dan Maryam tinggal di sebuah perkampungan nelayan di Pantai
Timur, Malaysia. Mereka suka berjalan ke sekolah bersama-sama dan
bermain buai di bawah pohon ru kegemaran mereka pada petang hari.
Namun, suatu pagi ketika mereka berjalan ke sekolah, Maryam tidak
ceria seperti selalu. Maryam juga tidur pada petang hari apabila Mei Hui
mencarinya untuk bermain. Mari kita ikuti apakah sebenarnya yang
berlaku kepada Maryam?
Cerita perayaan ini bukan sahaja unik kerana ditulis daripada perspektif
yang jarang diketengahkan, malah penulis turut membawa tema
persahabatan, kekeluargaan - terutamanya tentang hubungan rapat
seorang nenek dan cucunya - serta nilai harmoni dan kasih sayang
sesama masyarakat di kampung, walaupun berlainan kaum dan agama.
Penulis turut membawa mesej tersirat, mengajak pembaca untuk melihat
makna sebenar Aidilfitri diraikan dengan mengetengahkan kisah Maryam
yang belajar berpuasa.
Buku bergambar kanak-kanak ini ditulis santai dengan menyelitkan
momen-momen yang akan mencuit hati si kecil. Kisah ini juga pasti
menggamit kenangan indah zaman kanak-kanak buat ibu bapa dan guruguru
yang membacakannya kepada anak-anak.