会员   密码 您忘记密码了吗?
1,569,905 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > J BY SYAHMI FADZIL (ROMAN)
J BY SYAHMI FADZIL (ROMAN)
上一张
J BY SYAHMI FADZIL (ROMAN)
下一张
prev next

J BY SYAHMI FADZIL (ROMAN)

作者: Syahmi Fadzil
出版社: ROMAN
商品库存: 缺货
市场价格: RM22.00
本店售价: RM19.80
购买数量:
collect Add to cart Add booking
详细介绍 商品属性 商品标记

 商品介绍

"Dia menafikan sebarang petanda atau mesej. Mimpi hanya mimpi seperti melompat masa. Ia hanya melompat masa. Jika ada soalan tentang bagaimana, serahkannya kepada ahli sains. Apa yang perlu saya risaukan, dia beritahu lagi, adalah kenapa."

J sebuah kisah yang bermula ketika remaja belajar untuk berpaling dari kebosanan menanti dewasa-tentang Ali dan jiran rumahnya Juria, yang menjadikan muzik sebagai suaka kepada kehadiran masing-masing. 

Dari selesa bilik tidur yang kelam, ke Kopi & Mimpi dengan tiang berbaju pokok, ke majlis tari perpisahan pelajar sekolah, rumah pokok disebalik hutam, rumah puaka dengan deko melebih, labirin puisi berpendingin hawa, terus ke rinci bandar dalam julat usia 10 tahun. Di semua tempat dan pengalaman ini hanya ada memori sebagai bahasa yang terapung kerana waktu tidak meletakkan mereka di dunia yang sama. 

Dilahirkan sebaya, Juria menantikan kejutan hiudp sebagai sebuah pesta, Ali pula menolak kemeriahannya. Kemudian muncul 27, perca lirik lagu tulisan tangan, dan rakaman dialog rambang dari lampau supaya impian yang tidak bertuan boleh bernafas kembali.

Tentang Penulis 

 

Syahmi Fadzillahir dan membesar di Klang, Selangor. Selesai pengajian senibinanya, SF mencari ruang yang lebih besar dari garis lukisan bangunan dan kedudukan ruang di antara dinding-membawa kepada penulisan novel digital ASING di wattpad FIXI dan novela INSTA terbitan Moka Mocha In. Juga telah menulis beberapa cerpen yang diterbitkan di Selut Press, Buku Hitam Press, Lejen Press dan SelangorKini. SF turun bermain dengan suara penulisannya di syahmifadzil.blogspot.com