会员   密码 您忘记密码了吗?
1,569,912 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > HIKAYAT RAJA PASAI | PROF AHMAT ADAM
HIKAYAT RAJA PASAI | PROF AHMAT ADAM
上一张
HIKAYAT RAJA PASAI | PROF AHMAT ADAM
下一张
prev next

HIKAYAT RAJA PASAI | PROF AHMAT ADAM

出版社: SIRD
商品库存: 20
市场价格: RM35.00
本店售价: RM31.50
购买数量:
collect Add to cart
详细介绍 商品属性 商品标记

 商品介绍

Sekalipun sering dianggap sebagai karya pertama sastera klasik Melayu oleh kaum sarjana yang meminati ilmu pengajian Melayu, dan tela’ah demi tela’ah telah dilakukan terhadapnya sejak pertengahan abad ke-19, namun Hikayat Raja Pasai, belum pernah dikaji secara mendalam oleh sejarawan. Penerbitan edisi terbaru karya yang melakar zaman awal kedatangan Islam di Sumatera Utara oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam ini adalah percubaan terkini beliau untuk mengetengahkan beberapa tafsiran baru mengenai karya klasik Melayu yang belum pernah diungkapkan oleh mana-mana kajian; satu daripadanya ialah aspek tasawuf di dalam karya itu.  

 

Sejarawan Prof. Ahmat Adam (lahir Mac 24, 1941) terkenal dengan karyanya, The Vernacular Press and the Emergence of Indonesian Consciousness (1855-1913) (1995). Sebuah lagi karyanya, Letters of Sincerity The Raffles Collection of Malay Letters (1780 -1824) (terbit 2009), iaitu mengenai warkah Melayu, yang turut menyentuh makna huruf-huruf tertentu al-Quran dan erti angka dalam perlambangan sufi, sekali lagi menjadi rujukan dalam perbincangannya mengenai aspek tasawuf yang terdapat dalam karya sastera sejarah yang diketengahkan ini. Seperti biasa, sikap kritis beliau terhadap kajian mengenai manuskrip Melayu pada masa yang lepas-lepas  ditunjukkan lagi dalam penulisan buku ini.

 

 

Diharapkan karya Hikayat Raja Pasai suntingan sejarawan veteran ini dapat memanfaatkan pembaca dan mereka yang meminati bidang pengajian Melayu umumnya, serta kaum pelajar yang cuba memahami beberapa aspek daripada apa yang disebut sebagai kesusasteraan sejarah orang Melayu.